Sunday 26 February 2017

Diari Kehamilan Kembar SIMA

♡♡ WEEK 16♡♡

23.02.2017

Hari ni check up kali ke-3 dah. Alhamdulillah semua result ok. Berat badan je naik 2.5 kg. Disebabkan berat berlebihan, kene cek BP selang sehari selama 6x.

Al kisahnya, masuk minggu ke 16 ni, ummi dah kurang muntah.loya dan dah ada selera makan sikit. So, rasa je nak makan, ummi makan. Kalau tak selera pon, ummi paksa jugak masuk mknn minumn walau sikit.

If tak makan, angin masuk dalam badan lagi ummi rasa tak selesa dan tak senang duduk. Sebelum ngandung mmg ummi byk angin pown. Bila ngandung ni, double rasa tak selesa tu. Awal2 ni, ayah la hari2 tolong urut buang angin. Ayah suruh makan habbatus sauda tapi ummi tak berani lagi sebab kandngan baru 4.bulan. habbatussauda ni kan panas.

Setakat ni belom cuba amal mana2 ubat @supplement utk kurang dan buang angin. Sedang survey dan nak dapatkan nasihat doktor pakar dlm next appointment.

Perut dah nampak membuncit sikit. Masa check up tadi, dapat dengar 2 degupan jantung prince ummi. Lega syukur. Kawan baik2 dalam peyut ummi ya. Jangan gaduh2. 😀

** Panggil prince dengan harapan dikurniakan anak lelaki kali ni. Dengan izin Allah.

Ok, bye3 auntie uncle. Jumpa lagi next entry.

Monday 13 February 2017

Pnemonia

Ni lah nama penyakit Sakinah dalam bahasa saintifik. Alhamdulillah Sakinah dah discharge pada 12 Februari 2017. 3 hari dok dalam wad.

Sepanjang dalam wad, Sakinah kene pakai oksigen, dapat antibiotik dan nap. Oksigen sentiasa pakai. Antibiotik dan nap 3 jam sekali. Pas tu ubat demam pon kene makan.

Tapi alhamdulillah, petang hari kedua di wad, Oksigen dah boleh tanggal. Kalau pakai benda tu, sekejap2 Sakinah masuk mulut, sekejap2 tarik naik atas hidung, sekejap2 tarik sampai tertanggal pelekat wayar tu. Kesian dia tak selesa.

Adegan air mata setiap kali Sakinah kene nap. Menangis tak nak nap. Tapi ummi kuatkan hati jugak bagi nap kat Sakinah. Masa nak makan ubat pon macam tu. Menangis melalak tak nak makan. Allahurabbi. Hai lah anak, nak baik kene makan ubat.

Malam kedua di wad, Ummi tukar syif ngan abi jaga Sakinah di Wad. Ummi nak rest. Ummi tak cukup tidor. Badan dah penat. Alhamdulillah hospital belakang rumah je. Abi pulak jaga Sakinah malam tu.

*****Masuk hari ke 3

Pukul 7 pagi, Ummi datang hospital bawak makanan untuk abi. Sementara abi makan, ummi siap2kan Sakinah. Mandi2 tukar baju. Dah masyem.

Rutin harian biasa, layan Sakinah nak turun katil. Huhu. Dah siap mandikan dia, sibuk lah Sakinah nak main. Ajak turun katil. Sian jugak dia kepuasan dok atas katil memanjang. Ummi bagilah peluang kat dia berjalan. Hmmm, habis satu wad dia singgah.

Tengah2 layan dia amik angin tu, doktor panggil. Hehe. Jom naik katil semula. Mula2 doktor biasa yang cek. Pastu doktor pakar datang. Dia cek2 , keputusannya SAKINAH DAH BOLEH DISCHARGE. Ya allah, itulah yang ummi nak dengar. Terima Kasih Allah.

Tapi Sakinah ada follow up dengan ENT dan bahagian pemakanan pasal berat badan tak cukup.😅 Tak pelah, yang penting Sakinah sihat.

Lepas ni perlu beringat. Tak nak dah anak masuk wad. Kesian sangat.

Monday 19 December 2016

PENGALAMAN UMRAH 1

Hajat tertunai.

Umur 30 tahun saya berniat utk tunaikan umrah. Alhamdulillah, saat saya menulis ini, saya sedang berada di bumi barakah Makkatul Mukarramah.

Umrah kali ni pertama kali buat saya dan suami. Alhamdulillah Allah jemput kami menjadi tetamu nya di bumi Madinah dan Makkah. Alhamdulillah, mak ayah juga dapat pergi bersama.

Hanya Allah mengetahui perasaan kami bila dapat ke sana. Sebetulnya, saya tak percaya dapat jejak langkah ke sana sebab saya dan suami bukanlah ada kewangan yg stabil tika ni. Tapi niat diteruskan jugak. Usaha hingga dapat.

Tapi alhamdulillah, satu persatu jalan Allah buka. Korek lah sana sini. Masa ni rasa kerdilnya diri ni. Miskin nya diri ni. Lemahnya diri ni. Tiada daya bagiku melainkan Dia mengurniakan kekuatanNya padaku. Memang TAWAKAL  sungguh2 pada dia. Doa siang malam. Usaha hingga saat akhir.

Allah Maha Mengetahui apa yang tersembunyi mahupun yang jelas nyata. Dia Maha Mendengar apa yang saya hajatkan. Kumpul2 akhirnya cukup juga jumlah bayaran pakej umrah kami 4 beranak. Jumlahnya RM26,000. Allah, rasa baiknyaaa Allah pada saya. Bagi jugak rezeki pada kami yang banyak dosa ni. 😭😭

15hb Disember 2016 adalah tarikh kami akan berlepas. Hanya SYUKUR mampu saya panjatkan. Alhamdulillah. Terima Kasih Allah.

Monday 7 November 2016

ANAKKU PENCEN AKHIRATKU

Bismillah

Kali ni nak share sikit tentang tarbiyatul aulad yang k.sal dapat dari diskusi ust bakhtiar di tv alhijrah. Nampak ringan tapi berat tanggungjawab kita mommy2 nak didik anak. Apa didikan akhirat tu ya??

Yang Pertama
============
Kembali kan anak kepada kalimah Laailahaillallah. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Bila dia faham konsep ni, anak akan tetap buat kebaikan @ kebajikan even mommy daddy tak de. Sebb dia faham Tuhan ada melihat tindak tanduk dia. Dia buat bukan kerana manusia tapi buat kerana Allah. Terap dari awal usia lagi. Halakan dia dengan pandangan dari Allah bukan makhluk. Jadi fikir semula, kita biasa takutkan dia dengan keGARANGAN mommy daddy @ BALASAN Allah? Biasa buat yang mana..jeng.jeng.jeng.UBAH kalau salah k.☺

Yang Kedua
==========
Fahamkan dia tentang halal haram. Bagitau betul2 yang mana boleh yang mana tak boleh. Yang mana pahala yang mana dosa. Even perkara yang kecik2 pon kene jelaskan. Contohnya bab makan. Biasa kita bawa anak g kedaikan. Sebelum ambil dan beli, bagitau anak dulu ada tak cop halal. Biar masuk dalam kepala dia, yang halal boleh makan. Yang haram tak boleh makan. Begitu jugak dalam bab hiburan, pakaian dsb. Kawal dan bimbing anak dalam segala hal supaya ikut syariat. InsyaAllah Allah berkati kehidupan kita sekeluarga.

Yang Ketiga
==========
Solat. Ajar anak solat dari awal. Walaupun masih kecil, ajak anak solat sama2. Biar dia tahu solat tu lebih penting dari segala urusan. Bila masuk waktu solat, ajak anak solat sekali. Bentangkan sejadah untuk dia. Kalau anak perempuan, belikan mereka telekung. Kalau lelaki, belikan mereka kopiah. Supaya mereka tau specialnya solat untuk berjumpa Tuhan. Nanti tiba satu masa, dia ambil sendiri wudu.bentang sejadah.pakai telekung/kopiah dan solat. Sebab mommy daddy dah BERJAYA tarbiyah dia dari awal. Kalau masih liat? AJAK.AJAK.AJAK.

Yang Keempat
=============
Tanamkan rasa cinta Nabi dan cintakan Al- Quran. Mommy daddy mula dulu. Hidupkan budaya al quran dalam rumah. Hari2 baca quran. Nanti anak2 pon akan ikut sama. Dia tengok kita buat, dia akan ikut sekali. Nak suruh dia baca quran pon insyaAllah mudah. Pastikan anak dekat dengan quran. Kalau pergi mana2 pon, quran tak tinggal. Anak ada quran sendiri dan sentiasa bagi galakan pada anak utk baca quran. Bila dia pandai baca quran insyaAllah rasa cinta tu akan lahir sikit demi sikit. Ada kes anak banyak alasan tak nak baca quran laaa. Ermmm, guna didikan bayar balik. Mommy bagi main, malam nanti bayar dengan ngaji k!

Ni lah serba sikit perkongsian tadi. Ada yang k.sal tambah buat penambah rasa. Tarbiyatul Aulad ni dipetik dari karangan buku Dr Nasih Ulwan. Moga bermanfaat buat mommy daddy semua.

Wallahu'alam.

Saturday 29 October 2016

MENJEMPUT REZEKI ITU LEBIH MUDAH

Bismillah

11 Cara Mudah Menjemput Rezeki:
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃

1) Mengutamakan Solat

2) Solat Tahajjud

3) Solat Dhuha

4) Zikrullah

5) Doa

6) Mendoakan Orang Lain

7) Sedekah

8) Asmaul Husna

9) Membaca Al quran

10) Tekun Berusaha

11) Bersyukur

Amalkan Setiap Hari. Niatkan Setiap Amalan Hanyalah Semata Mata Kerana Allah SWT. InsyaAllah, Allah Akan Memberi Sebaik Baik Ganjaran Pada Mereka Yang Ikhlas Mengerjakan Ibadah KepadaNya.

Selamat Beramal
JOM MMR☺

#MudahnyaMenjemputRezeki
#MMR

CARA AJAR ANAK PANDAI NGAJI SEBELUM UMUR 7 TAHUN

Bismillah

Alhamdulillah.Entry Kali Ni Nak Cerita Tentang Cara Nak Didik Anak Pandai Ngaji Sebelum Darjah 1.

Buat Ibu Bapa Di Luar Sana, BERSYUKUR Jika Dikurniakan Anak Yang Rajin Mengaji Dan Mudah Mengikut Kata. Untuk Membentuk Akhlak Sebegitu, Didikan Bermula Dari Awal Usia Anak2 Lagi.

K.Sal Berkongsi Berdasarkan Pengalaman Dan Didikan Yang K.Sal Cuba Terapkan Pada Anak- Anak.

Dari Lahir - 1 Tahun
---------------------------------
Ibu Bapa Dah Kena Biasakan Anak Dengan Alunan Zikir Dan Ayat Al Quran Samada Dari Bacaan Kita Sendiri @ Televisyen@ Radio@ Gajet. Walaupun Dia Belom Boleh Berinteraksi Dan Respon, Tapi Sebenarnya Bacaan Tu Masuk Dalam Fikiran Dia. Satu Lagi, Bacaan Al Quran Ni dapat Lembutkan Hati Anak-Anak Dari Kecil.

1Tahun-2 Tahun
--------------------------
Perkenalkan Dia Dengan Huruf-Huruf Hijaiyah. Belikan Flash Card@ Boleh Buat Sendiri Flash Card Untuk Anak2. Setiap Hari SEBUTKAN Huruf Hijaiyah Pada Anak- Anak. Masa Ni Anak Dah Boleh Bertutur Walaupon Mungkin Ada Anak Yang Pelat. Galakkan Anak Sebut Dan Ulang Apa Yang Kita Ucapkan. Tak Semestinya Dalam Keadaan FORMAL, Sambil Anak Main Tu Boleh SEBUT2 Banyak Kali Dan Dia Ikut. Lama- Lama Lekatlah dalam Kepala Anak Sebutan Huruf Hijaiyah.

2 Tahun -3 Tahun
---------------------------
Tempoh Ni Tempoh Lebih Serius. SERIUS Dalam BELAJAR MENGAJI. Setiap Hari, Peruntukkan Satu Masa Yang Sesuai Untuk Dia BERTALAQI.Hehe. Maksudnya Ada IQRA Bersama Dia Dan Baca DIDEPAN Ibu Bapa. Biasanya Waktu Selepas Maghrib Sesuai Untuk Anak MENGAJI. Sebenarnya Tempoh Umur Macam Ni PALING MENCABAR. Ibu Bapa Harus SANGAT SABAR. Sebab Jiwa Mereka Lebih Kepada Bermain Dan Tak Dapat FOKUS Terlalu Lama. So, Ibu Bapa Adjust Lah Bagi Sesuai Dengan Keadaan Anak. Selagi Dia Boleh FOKUS, Teruskan. Jika Dah Hilang Fokus, Cukuplah Sekejap Saja. Yang Penting KONSISTEN Mengaji Setiap Hari!!.

3 Tahun-4 Tahun
-------------------------
Di Usia Ni, Lebih Kurang Sama Dengan Tempoh Sebelum Ni. Hari2 Perlu MENGAJI Secara FORMAL Dengan ibu bapa. Biasanya Umur Sebegini Anak Dah MENGENAL HURUF DAN BARIS. Ibu Bapa Perkukuhkan Dari Segi SEBUTAN Panjang Pendek DSB. Mengikut Pengalaman Anak K.sal, Pada Usia 4 Tahun,  Anak Dah Kuasai Iqra 2 Sekurang-Kurangnya.

4 Tahun - 5 Tahun
----------------------------
Pada Tahap Ni, Anak Dah Boleh KUASAI Ilmu Quran Dengan Lebih Mendalam. Ibu Bapa Boleh Perkemaskan Dari Segi TAJWID. Anak Dah Boleh FIKIR Secara Lebih Matang. KONSISTEN Juga Mengaji Setiap Hari. Ikut Pengalaman, Tahap Ni Anak Dah Boleh Membaca Ayat - Ayat Panjang Dengan Betul. Walaupun Dalam Keadaan MENGEJA, Tapi Anak Dah Mengenal Cara Untuk MEMBUNYIKAN Huruf Dan Baris Dengan Betul. ALHAMDULILLAH, Ibu bapa Boleh Menarik Nafas Lega Bila Anak Dah Pandai Mengaji Sendiri Dan Berdikari. Habis 5 Tahun, Mungkin Anak Dah TAMAT IQRA!!

5 Tahun-6 Tahun
---------------------------
Tahap Ni Anak Dah Pandai Mengaji Dan Boleh Beralih Kepada Al- Quran. Ibu Bapa Boleh PERKEMASKAN Bacaan Tajwid Anak Dan Mungkin Boleh Ajarkan TARANNUM Pula. Di Samping Mengaji, Boleh Galakkan Anak Untuk Menghafal Surah- Surah Lazim.

6 Tahun - 7 Tahun
----------------------------
ALHAMDULILLAH, Pada Tahap Ini Ibu Bapa Boleh Pantau Jadual Mengaji Dan Hafalan Surah.
.
.
.

Rasanya Sampai Sini Saja Coretan K.sal. Moga Mendapat Manfaat Dari Perkongsian Yang Sedikit Ini. Didikan Bermula Dari Rumah. Didikan Terbaik Adalah Daripada Ibu Bapa.

"Anak- Anak Dilahirkan Ibarat Kain Putih. IBU Bapalah Yang Mencorakkan Anak2 Samada Menjadi Yahudi.Majusi Atau Nasrani"

Wallahu'alam.

Friday 28 October 2016

SI MISKIN KAYA JIWA

Bismillah

Si Miskin Kerja Sebagai Pengayuh Beca. Wang Cukup2 Untuk Menyara Keluarga Di Rumah. Apatah Lagi Nak BerSEDEKAH Dengan Wang.

Si Tua Miskin Tak Mampu Nak Bersedekah Wang Seperti Orang Lain. Tapi Apa Yang Si Tua Miskin Buat Untuk Tetap Bersedekah?  Pada Setiap Hari Jumaat, Si Mulia Ini Tak Ambil Bayaran Dari Pelanggan Yang Naik Becanya.

Suatu Hari Pada Hari Jumaat, Ada Seorang Wanita KAYA Naik Becanya. Masa Nak Bayar,  Si Tua Mulia Ini Tidak Ambil Bayaran Wanita Itu. FREE Katanya. Saya Niat SEDEKAH.

Wanita Tu Terkejut. Next Week Hari Jumaat, Dia Naik Lagi. Bila Nak Bayar, Si Tua Kata FREE. Saya Niat SEDEKAH Pada Hari Ni. Wanita Ni PELIK. Betul Ke Si Tua Beca Ni.?? Kaya Ke Dia Sampai Sanggup Bergadai Tenaga Dan Tak Ambil BAYARAN??

Next Week Hari Jumaat, Wanita Tu Datang Lagi. Kali Ni Wanita Ni Request Hantar Dia Ke Rumah Si Tua Beca Ni. Pelik Juga Si Beca Ni. Kenapa Nak Ke Rumah Saya? Wanita Tu Jawab, Tak Apa Apa Hantar Saja.

Bila Sampai Kat Rumah Si Tua Beca Yang Mulia Ni, Terkejut Wanita Tadi Sebab Rumah Dia Memang Serba Kekurangan. Hidupnya Tak Mewah. Sederhana Saja.

Wanita Kaya Tadi Tanya Kenapa Engkau Masih Lagi Mahu BerSEDEKAH Sedangkan Engkau Tak Mampu. Jawab Si Tua, Aku Tak Mampu Nak BerSEDEKAH Wang Seperti Orang Lain. Cara Nu Saja Yang Ku Mampu Buat Untuk Tetap melakukan SEDEKAH.

Wanita Tu Tanya Lagi, Boleh Tak Engkau Tolong Aku?
Jawab Si Tua, Ya Boleh. Tolong Apa?
Balas Wanita Kaya, Tolong Terima SEDEKAH Aku Untuk Support UMRAH Kamu Anak Beranak..

SUBHANALLAH
ENGKAU MAHA KAYA

Moral: MISKIN Bukan Penghalang Untuk MEMBERI.